Propolis berasal dari campuran getah tunas pokok, lilin lebah, dan air liur lebah Lebah sangat terdedah terhadap jangkitan bakteria dan virus kerana lebah tidak mempunyai sistem kekebalan tubuh. Mereka sangat bergantung pada propolis untuk memperkuat sarang, melindungi larva telur lebah didalam agar tidak tercemar daripada penyakit serta kulat. Serta melindungi sarang dari gangguan luar. Propolis digunakan untuk melindungi pintu sarang lebah yang mana akan membasmi setiap lebah yang masuk. Selain itu lebah juga menggunakan propolis untuk memperbaiki sarang mereka yang bocor atau rosak. Bahan-bahan yang terkandung dalam bee propolis sangat kompleks, dan lebih dari 200 komponen nutrisi. Propolis terdiri daripada Vitamin A,B, C ,D & E, mineral –mineral , 16 asid amino yang diperlukan tubuh, 30% getah, 10% minyak pati, 5% pollen, serta 5% bahan organik dan bukan organik. Kandungan polifenol yang tinggi di dalam bee propolis berfungsi sebagai anti-bakteria, anti...