Lidah buaya sudah sekian lama dikenali dan digunakan oleh masyarakat di dunia. Tanaman ini sesuai ditanam di kawasan yang beriklim panas, ia banyak ditemui di kawasan Afrika. Penggunaan lidah buaya diserata dunia adalah kerana lidah buaya mengandungi vitamin A, B1, C, protein, lemak, karbohidrat, Kalsium, zat besi dan banyak lagi. Lidah buaya dapat memberikan pelbagai bermanfaat dari segi kesehatan dan kecantikan. Ramai yang menggunakan lidah buaya untuk mengekalkan kecantikan kulit wajah, rambut dan bibir. Produk-produk kecantikan dipasaran banyak yang menggunakan lidah buaya sebagai bahan asas atau bahan campuran. Selain itu, lidah buaya juga dapat membantu mengekalkan tahap kesihatan dalaman seseorang seperti keterangan berikut : 1. Memenuhi Keperluan Vitamin dan Mineral Lidah buaya mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh badan manusia. Dengan pengambilan jus lidah buaya akan dapat membantu memenuhi keperluan vitamin dan mineral seseorang. 2. ...