Langkau ke kandungan utama

ABOUT

Apakah yang dimaksudkan dengan Lidah Buaya?

Lidah Buaya adalah salah satu tumbuhan antara 250 spesies Aloe serata dunia. Ia berasal dari timur, selatan dan utara Afrika dan Madagascar. 

Seterusnya telah diperkenalkan ke Hindia Barat dan negara-negara tropika yang lain di mana ia tumbuh liar. Ia juga telah membiak dengan baik di lembangan Mediterranean dengan merentasi Algeria, Morocco, Tunisia, serta kepulauan Canary dan Madeira.

Lidah buaya ialah tumbuhan warisan yang telah digunakan sejak berkurun lama, separa-tropika, dengan akar serabut yang kuat dan daun hijau ke kelabu-hijau yang banyak, berisi tebal, dan bergerigi. Pokok lidah buaya boleh menerima cahaya matahari penuh atau separa penuh untuk hidup. 

Lebar pokok boleh mencecah 60-120 cm manakala panjang pokok ialah sehingga 80 cm pada peringkat matang. Bunga pokok pula ialah kuning 30 mm panjang pada beberapa batang jambak bunga.

Lidah buaya adalah antara tumbuhan yang membebaskan oksigen dan menyerap karbon dioksida walaupun berada dalam keadaan gelap, membuatkan ia sesuai diletakkan dalam bilik tidur.


Pokok Lidah Buaya mempunyai sejarah penanaman yang panjang di seluruh kawasan tropika dan subtropika yang lebih kering di dunia, baik sebagai pokok hiasan mahupun sebagai perubatan herba. 

Lidah buaya telah digunakan sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam, demam, gatal-gatal, kulit dan banyak lagi. Bahagian lidah buaya yang digunakan dalam perubatan ialah jus dan gel serta daun.

Selain itu, pokok herba ini juga sangat terkenal dalam industri kosmetik dan produk kesihatan. Apabila ditanam secara komersial, pokok lidah buaya dituai setiap enam hingga lapan minggu dengan mengambil tiga hingga empat helai daun per pokok.

Aloe vera digunakan secara meluas hari ini dalam :

1. Makanan - ia diluluskan oleh FDA sebagai perasa

2. Kosmetik

3. Makanan Tambahan

4. Ubat-ubatan herba

Walau bagaimanapun ia masih kurang ditanam secara komersial di Malaysia. Kajian penanaman lidah buaya di tanah bekas lombong yang diklasifikasikan sebagai tanah bermasalah telah dilaksanakan di Stesen MARDI Kundang, Selangor. Hasil kajian menunjukkan lidah buaya amat berpotensi ditanam di tanah bekas lombong kerana ia hanya memerlukan lembapan tanah yang amat minimum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 FAKTA MENARIK ALOE VERA GEL FOREVER LIVING

10 FAKTA MENARIK ALOE VERA GEL FOREVER LIVING 1. Aloe Vera Gel Forever Living adalah tulen tanpa pempasteuran, pengeringan beku dan pemanasan. Ketulenan Aloe Vera Forever mendapat mengiktirafan daripada International Aloe Science Council. 2. Untuk memastikan kualiti yang tinggi, Forever memiliki perladangan Aloe vera sendiri. 3. Dengan lebih dari 50 juta pokok Aloe Vera, perladangan Forever membersihkan DUA JUTA TAN karbon dioksida setiap tahun. 4. Ditanam secara organik. Kosher telah memberikan pengiktirafan bahawa produk Aloe Vera Gel Forever adalah 100% organik. 5. Hanya terdiri daripada spesis aloe yang terbaik dari 400 spesis - Aloe Barbadensis Miller. Tumbuhan dituai secara manual. 100% gel daun dalaman digunakan, dan helaian daun yang sihat dipilih dan dihiris dengan tangan. 6. Daun yang dituai akan diangkut dalam tempoh 3 jam ke pusat pemprosesan yang terletak di kawasan yang sama. 7. Daun Aloe dicuci dan dihiris untuk membuang getah / aloin yang tidak dikehendaki. Ha...

Power of Forever Is Power of Love 0196417269

Bisnes Forever Living Products 0196417269