KEBAIKAN LIDAH BUAYA DALAM PERUBATAN
1. Mempercepat penyembuhan luka luar
Aloe vera atau lidah buaya mengandung zat anti-radang yang berguna untuk menyembuhkan luka luar. Dan juga kandungan anti bakteri di dalamnya efektif melawan jangkitan yang disebabkan oleh bakteri sehingga mempercepat pemulihan luka.
2. Meningkatkan Imuniti tubuh badan
Lidah buaya akan membantu penyerapan vitamin dan mineral yang berguna bagi tubuh secara maksima untuk meningkatkan kekebalan tubuh. Anda boleh mengambil jus lidah buaya atau suplemen lidah buaya.
3. Membantu proses detoksifikasi
Sistem badan akan mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan semua toksin dalam badan atau lebih dikenali dengan proses detoksifikasi. Dengan mengamalkan jus lidah buaya, proses detoksifikasi dalam tubuh akan lebih cepat kerana lidah buaya mempunyai saponin yang bertindak seperti buih-buih sabun untuk membersihkan usus.
4. Membantu mengurangkan berat badan
Lidah buaya sangat membantu proses detoksifikasi, maka secara tidak langsung akan meningkatkan proses metabolisme dalam badan dan dapat mengelakkan daripada lemak berkumpul di dalam badan serta melancarkan proses pencernaan.
5. Sumber Asid Amino
Jus lidah buaya mengandung 7 jenis Asid amino dari 8 asid amino yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh.Oleh itu, lidah buaya dapat memenuhi keperluan asid amino manusia.
6. Mengatasi Masalah Keradangan
Kadang-kadang tanpa ada sebabnya, kulit boleh mengalami keradangan seperti Ekzema, Psoriasis, Rosacea. Untuk mengatasi iritasi dan radang tersebut tidak ada salahnya jika Anda cuba merawatnya dengan menggunakan lidah buaya.
7. Membasmi Plak Gigi
Lidah buaya yang digunakan sebagai ubat kumur atau ubat gigi untuk mengurangi dan membasmi plak di gigi mempunyai kesan yang hampir sama dengan chlorhexidine atau ubat antiseptik kelas antimikrob. Satu kajian yang diterbitkan dalam General Dentistry melaporkan bahawa lidah buaya berkesan mengatasi masalah gigi seperti mana ubat gigi. Para penyelidik membandingkan kemampuan gel lidah buaya mengatasi masalah gigi dengan dua jenis ubat gigi yang terkenal. Mereka mendapati bahawa gel lidah buaya sama baiknya dan dalam beberapa kes, gel lidah buaya adalah lebih baik daripada ubat gigi komersial untuk mengawal bakteria yang menyebabkan kerosakan gigi.
8. Menyeimbangkan Kadar Asid Dalam Badan
Dengan meminum jus lidah buaya secara rutin, sifat alkalinya akan membantu menyeimbangkan keasidan dalam tubuh badan anda.
9. Menjaga Kesihatan Kardiovaskular
Lidah buaya akan membantu meningkatkan keupayaan sel darah merah untuk meresap dan mengangkut oksigen supaya masalah kesihatan kardiovasculat seperti sakit jantung dapat diminimumkan.
10.Sumber Vitamin dan Mineral
Seperti yang telah dijelaskan pada awal tadi, sangat banyak manfaat yang terkandung dalam lidah buaya untuk kesihatan dan kecantikan. Maka dengan mengamalkan minum jus lidah buaya kita akan dapat vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan.
11. Ulser Kaki Disebabkan Diabetes
Satu kajian yang dilakukan di Sinhgad College Of Pharmacy, India dan diterbitkan dalam International Wound Journal Trusted Source melihat kemampuan aloe vera untuk merawat ulser. Mereka melaporkan gel yang terbentuk dengan Karbopol 974p (1%) dan aloe vera mendorong penyembuhan luka dan penutupan luka pada tikus diabetes dibandingkan dengan produk komersial.
Sumber : https://www.medicalnewstoday.com/articles/265800#benefits
Ulasan
Catat Ulasan