Langkau ke kandungan utama

5 Kebaikan Lidah Buaya Untuk Kesihatan dan Kecantikan Kulit

Lidah buaya yang sinonim dengan nama aloe vera merupakan tanaman dari Mediterranean yang mengandung sangat banyak nutrisi di dalamnya dan dapat memberikan kebaikan untuk kesihatan serta kecantikan. Maka tidak hairanlah jika kita menemui banyak produk kesihatan dan kecantkan yang menggunakan daun lidah buaya sebagai bahan utama. 

Diriwayatkan dari Nabih bin Wahb, kami keluar bersama Aban bin Uthman hingga kami sampai di Malal, Umar bin Ubaidullah mengadu sakit kedua-dua matanya. Ketika sampai di Rauha', kesakitan pada matanya bertambah parah dan Aban bin Uthman yang kemudian menyarankan kepadanya untuk mengubati kedua-dua matanya dengan daun sabir (lidah buaya/ aloe vera).
Sesungguhnya Uthman meriwayatkan demikian bahawa Nabi Muhammad SAW    melakukan hal yang sama di mana ketika seorang lelaki sakit kedua-dua matanya  ketika ihram dan diubati dengan daun sabir (lidah buaya/ aloe vera).
            Hadith sahih diriwayatkan oleh Muslim, Hadith No. 2887
Berikut adalah antara kebaikan yang dapat diperolehi daripada daun lidah  buaya/ aloe vera :

1. Menyembuhkan Luka 

Lidah buaya dapat mengubati luka kecil dan luka terbakar dengan cepat kerana sifat sejuknya dan mengandungi kalsium serta antioksidan yang dapat mempercepatkan pertumbuhan sel-sel keratin yang dapat memperkuatkan jaringan kulit.

2. Merawat Kulit Berjerawat

Kandungan giberelin dan auxins dalam lidah buaya boleh mengurangkan pertumbuhan jerawat pada kulit wajah dan di bahagian belakang bahu. Selain itu, gel lidah buaya mengandung astringent atau saponin yang berfungsi sebagai antibakteria yang mampu menghilangkan lemak berlebih penyebab jerawat.

      3. Mencerahkan Kulit

Lidah buaya dapat memperbaiki tona kulit yang gelap kerana terdedah kepada sinaran matahari. Dengan amalan menyapu gel lidah buaya sekurang-kurangnya dua kali seminggu akan dapat membantu membuang sel-sel kulit mati dan dapat mencerahkan semula kulit wajah serta menjadikannya lebih bermaya.
      4. Melembapkan Kulit dan Mencegah Penuaan
Sifat lidah buaya yang mengandungi air yang tinggi  dapat membuang sel-sel kulit mati, merawat kulit kering dan mengekalkan kelembapan pada kulit. Seterusnya akan melambatkan proses penuaan kulit.


      5. Merawat Masalah Kulit Sensitif


Sekiranya anda atau ahi keluarga mengalami masalah kulit sentitif atau alergik, sangat disarankan untuk menggunakan gel lidah buaya. Sifat anti-alergi, anti bakteria dan anti fungus yang ada pada lidah buaya dapat menyembuhkan semua jenis masalah kulit seperti kegatalan dan kemerahan, benjolan, psoriasis dan sebagainya dengan sangat berkesan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 FAKTA MENARIK ALOE VERA GEL FOREVER LIVING

10 FAKTA MENARIK ALOE VERA GEL FOREVER LIVING 1. Aloe Vera Gel Forever Living adalah tulen tanpa pempasteuran, pengeringan beku dan pemanasan. Ketulenan Aloe Vera Forever mendapat mengiktirafan daripada International Aloe Science Council. 2. Untuk memastikan kualiti yang tinggi, Forever memiliki perladangan Aloe vera sendiri. 3. Dengan lebih dari 50 juta pokok Aloe Vera, perladangan Forever membersihkan DUA JUTA TAN karbon dioksida setiap tahun. 4. Ditanam secara organik. Kosher telah memberikan pengiktirafan bahawa produk Aloe Vera Gel Forever adalah 100% organik. 5. Hanya terdiri daripada spesis aloe yang terbaik dari 400 spesis - Aloe Barbadensis Miller. Tumbuhan dituai secara manual. 100% gel daun dalaman digunakan, dan helaian daun yang sihat dipilih dan dihiris dengan tangan. 6. Daun yang dituai akan diangkut dalam tempoh 3 jam ke pusat pemprosesan yang terletak di kawasan yang sama. 7. Daun Aloe dicuci dan dihiris untuk membuang getah / aloin yang tidak dikehendaki. Ha...

Power of Forever Is Power of Love 0196417269

Bisnes Forever Living Products 0196417269